Wednesday, December 29, 2010

AM I A LIAR??

*ASSALAMUALAIKUM*

Good morning all..are u have a good morning today? hope all happy in this morning because tomorrow we get holiday..*yyeeeeyy*.. congrats to Malaysia Team..we are proud of all of u =) Malaysia Boleh!!!

Ok back to the title *AM I A LIAR??* if u think i am liar, then i am liar..if dont think so, so i am not a liar..its depend on what are u thinking..think whatever u want..think whatever u like..because its your brain not mine! what i know i was not lying.. i am tell the truth and i am honest..if you dont believe it, its depend on u...i cannot force u to believe me and i cannot make u to believe me..u are what u thinking...

so liar...what the meaning? - a person who tells lies..i know all people dislike a liar..what about someone that u love call u a liar..how do you feel?? 

of cause la u feel sad *sob sob*

So think when u want to call someone a liar..becoz u maybe make someone upset  if she/he dont lied to u..dont just think ur feeling..thinks others felling also..thanks..have a nice day all~

P/S: sorry if my BI is broken..just want improve my writing in BI..hehe

Tuesday, December 28, 2010

I AM BLUSHING

*ASSALAMUALAIKUM*

Why i am blushing?? because si buah hati ajak i kawen...*yeeey* si buah hati semalam telah menulis sesuatu di dinding mukabuku atau facebook aku..apa yang si buah hati tulis:

"Hye kasih..... Green light kawen sudah diberikan...jangkaan september...jadi kumpul duit....jgn dok beli make up sokmo yer...."

Tapi yang pasal make up 2 i dah x beli dah tau..shoping pun dah kurang sekarang..huhu..ok i akan berjimat jermat mulai sekarang..i akan berdiet *bolehkah ni* hehe..ok u pun kena berjimat gak..sama-sama la kita berjimat cermat supaya impian kita menjadi kenyataan <3


Tapi aku masih lagi takot..takot untuk menghadapi masa depan..yang tak pasti apa yang akan berlaku..dan apa yang paling aku takot ialah apabila si buah hati tidak lagi menyayangi aku...mahukah sibuah hati menyayangi aku hingga ke akhir hayat ku???? semoga jodoh kami hingga ke akhir hayat kami..



si buah hati yang gemop..i love u..*blushing*

WANITA DAN TANGISAN

*ASSALAMUALAIKUM*

Asal menangis je mesti dikaitkan dengan wanita atau perempuan..asal wanita je mesti orang cakap biasala tu wanita mudah sangat menangis..tapi itu la lumrah...wanita dan tangisan tidak dapat dipisahkan..

Aku sendiri pun tidak dapat dipisahkan dengan tangisan..sebab aku juga seorang wanita..yang sangat sensitif..kadang-kadang boleh menangis tanpa sebab yang munasabah..tapi aku rasa satu kelegaan atau rasa puas selepas menangis..sebab lepas aku menangis je aku akan tertido..hehehe..lepas bangun tdo ringan sket beban rasa =>

Lelaki...apa pulak yang diorang pikir tentang wanita yang suka menangis ni..mungkin dia pikir serabut kot..apa yang diorang faham sangat..lelaki biasanya tidak mengambil hal sangat tentang perkara remeh seperti perempuan..

Aku tertarik degan cerita ni..jom kita menghayatinya~

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. “Ibu,mengapa ibu menangis ?”. Ibunya menjawab, “Sebab aku wanita.” Saya tidak mengerti,” kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kamu memang tidak akan mengerti……”

Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. “Ayah,mengapa ibu menangis ?”

Sang ayah menjawab, “Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan.”

Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri……Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya…

Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!

Sebenarnya air mata yang dititiskan wanita adalah untuk mencurahkan perasaannya, perasaan yang ada di dalam hatinya tidak kira la pa jua perasaan, sedih, gembira dan sebagainya..Jadi lelaki jangan la mengambil mudah dan jangan pula mengeji apabila seorang wanita itu sedang menangis..

*Sob sob*

Petikan dari Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis,dan seumpama mahu dipujuk,suami kena guna cara yang terbaik,contohnya,peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk,usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya.insyaallah,lembut hati isteri tu."


Renung-renungkan dan selamat beramal~
P/S: I LOVE MY MOM..FOREVER~


Friday, December 24, 2010

MARI MERANCANG PERBELANJAAN...

*Assalamualaikum*

Tips merancang perbelanjaan ini untuk diri aku sendiri yang tidak pandai merancang perbelanjaan...ishkk ape nak jadi doh tue-tue xpandai-pandai lagi ke nak merancang perbelanjaan..insaf la cik kak oii..huhu..jujurnya aku memang xpernah pun merancang perbelanjaanku.sadis betol la ko ni alin =((..well xpe xpe masih belum terlambat..aku akan cuba dengan azam tahun baru ni untuk merancang perbelanjaanku agar aku dapat menyimpan demi masa depan dan juga untuk kawen cepat (aiii bile nk kawen nim!!)..nak dijadikan cerita..sambil melayan perasaan kt opis di saat malas nak buat kerja, tiba-tiba aku terfikir, kemana duit gaji aku habis??..berjoly sakan kah?? dan terus berfikir sampai bila kah nak jadi macm ni..so aku bertekad..ecece bertekad sangat la konon..InsyaAllah..ini tekad betol-betol punya wa cakap lu..aku bertekad mahu menyimpan duit gaji aku ke dalam asb akuan sekurang-kurang pun RM100/bulan..dengan tekad dan azam ku ni la aku terus mengoogle *BAGAIMANA MERANGCANG PERBELANJAAN*...dan apa yang aku temui tips merancang perbelanjaan seperti di bawah (sila baca tips nya di bawah ni ye tuan-tuan dan puan-puan)..tips ini di ambil di blog: istimewa2u Thanks kerana sudi berkongsi tips ini...ok jom kawan-kawan kita baca tips ini dan jangan lupa pratik, jangan bace je taw...

LANGKAH MERANCANG PERBELANJAAN ANDA:

Tentukan Matlamat Kewangan:                                                                                            
 Matlamat kewangan perlulah menggambarkan perkara yang ingin anda kecapi dengan wang anda dalam satu    masa tertentu. Dengan penetapan maklamat ini, ia akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan untuk anda berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa sama ada pendek, sederhana, panjang. Rancang apa yang ingin anda lakukan seperti: 
  • membeli rumah atau kereta (ok kereta dah ada sekarang..alhamdulillah..sakarang xleh fokus beli rumah lagi..fokus lebih kepada kawen..gatai la hang ni..hehe)
  • membina keluarga (ni la fokus utama i sekarang..gagaga)
  • menabung untuk pendidikan anak (nanti dah ade anak baru pikir)
  • menyimpan wang untuk kegunaan selepas bersara (ini nnti umur i 40 tahun ke atas kot) 
Jejaki Aliran Keluar Wang anda:
Ok ini sangat la penting bagi aku..sebab aku kekadang jd confius ke mana kah duit gaji aku selama ini telah aku salurkan..
Selepas matlamat ditentukan, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik dan terancang agar matlamat yang dibina tercapai. Ingat matlamat yang dibuat dalam masa jangka terdekat bukan lah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi bagi mengenalpasti tabiat perbelanjaan anda. mengetahui permerhatian ini anda boleh mengetahui:-
  • bagaimana dan kemana anda membelanjakan wang anda? - hmm..maybe shopping..beli make up..so after this kene beli apa yang perlu je..huhu..
  • berapa jumlah hutang anda pada setiap bula,n? - ni pun banyak gak ni..tiap-tiap bulan kene bayar rumah sewa, kereta, ptptn, easy bank, bla bla blaaaa..sampai bila la nk habis hutang ni..
  • berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan? - ok malu nak cakap..dalam bank sekarang ade 30 hengget je..huhu..*atas dasar ini juga la aku terpikir untuk merancang perbelanjaanku*
  • berapa jumlah wang yang dibuat tabungan pada setiap bulan? - ok ini lagi malu nak cakap..setakat ni langsung takde..huhu..
Nilai Tabiat Perbelanjaan Anda:
Sekiranya anda mendapati wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda memulakan penilaian terhadap tabiat perbelanjaan anda. Teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang benar-benar diperlukan atau memenuhi kehendak anda saja (kebanyakan barangan yang aku beli salama ni adalah untuk memenuhi kehendak aku je, contohnya beli baju..padahal banyak je lagi baju yang elok dipakai tapi bila tengok baju baru yang cantik di pasaran tidak dapat menahan nafsu ingin membeli..huhu..lumrah kot wanita macam ni kan..suka shopping mopping ni).. Awasi sama ada anda:
  • menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa (cane je nak guna simpanan, simpanan pun takda)
  • memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama (oooo.ini bahye..lagi-lagi g pinjam dengan ALONG.. ini dikatakan menambahkan lagi masalah..InsyaAllah akan ku hindari mende ni semua berlaku dalam hidupku)
  • mengeluarkan simpanan untuk membeli barangan berjenama dan sekadar memenuhi kehendak (ini banyak berlaku kepada wanita..sorry to say..mostly wanita suka sangat barangan berjenama..ade brand baru ade class..lelaki pun ade gak la yang macam ni..xkesah la kan bila dah ade duit boleh beli apa aje..tapi time xda duit baru nak beringat *ingatan untuk diri sendiri*)
Tulis Rancangan Perbelanjaan Anda:
Pelan perbelanjaan mampu membantu anda daapt merancang kewangan. Melaluinya anda boleh mengesan ke mana wang anda di belanjakan. Seterusnya mula merancang perbelanjaan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan berikut:
  • tentutakan jumlah pendapatan bulanan anda (ok da tentu dah)
  • pastikan jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan, bayaran balik pinjama, sewa, perbelanjaan harian dan lain-lain (ok ini kena buat senarai apa yang patut)
  • asingkan sejumlah wang bagi tujuan kecemasan dan perbelanjaan bermusim seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insuran dan lain-lain (bagi yang xkawen seperti i simpan duit kecemasan jika hujung tahun da habis duit belanja boleh guna duit ni..ade backup la..kalo xguna boleh simpan dalam asb)
setakat ini sahaja..moga artikel ni dapat memberi manfaat pada semua..sempena masuk tahun baru ni, marila kita sama-sama berazam merancang perkahwinan..perbelanjaan kita..hehe..all the best~

Monday, November 22, 2010

KAMU&aku

KAMU..masihkah menyanyangi aku seperti dahulu..seperti pertama kali kamu menyatakan sayangmu padaku..

&aku...masih menyanyangi kamu seperti mana pertama kali hati ini memilih untuk menyanyangi kamu dan sayangku semakin mendalam......

KAMU...adakah sudah semakin membenci aku..kerana diri ini begitu banyak kekurangan di matamu...kerana diri ini bukan la sempurna di matamu..

&aku..tidak mungkin akan membenci mu...kerana dirimu begitu sempurna di mataku..

KAMU...menyesalkah memilih aku sebagai seorang yang istimewa di hatimu..

&aku..tidak pernah menyesal memilihmu..memilihmu sebagai seorang yang begitu istimewa di hatiku...

KAMU...sudikah melayari hidupmu bersama aku sehingga ke akhir hayatku dan sanggupkah kamu bersusah senang melayari kehidupan ini bersamaku...

&aku...sangat mengharap dapat melayari hidup ini bersamamu sehingga ke akhir hayatku dan hidup susah senang denganmu...

KAMU...jujurkah kamu menyintai aku...

&aku..seikhlas hati menyintaimu...

KAMU...sakitnya ku rasa bila kamu sudah tidak mempedulikan diri ini..sakitnya bila kamu tidak mempercayai diri ini..sakitnya bila kamu semakin jauh...sakitnya bila kamu menyatakan tidak perlu la bersedih bila kamu pergi..sakitnya hanya aku yang tahu..

&aku..redha jika itu yang kamu mahu..


KAMU&aku..di manakah akan berakhirnya kisah KITA....


aku YANG TAK BRAPE SIBUK...(22/11/2010)

Aku rasa semua pekerja kat sini sibuk dengan kerja masing-masing atau sedang buat-buat sibuk dengan kerja masing-masing..ehehehe..takde la memang semua orang sibuk kecuali aku je rilex takde kerja..ntah bingung aku dibuatnya..hehe..rilex sangat ni..hmm..aku dah masuk kerja hampir 2 minggu la..ade la kerja yang dibagi tapi tak banyak..2 yang aku aktif sangat berblogging nih..haissk...di dalam fikiran ku sekarang ~ ADAKAH NORMAL PEKERJA YANG BARU MASUK TIDAK SIBUK ATAU TIDAK DIBERI KERJA?? ~ tetapi untuk berapa lama???? takot gak aku..takot bos cakap aku malas wak kerja, tak tahu wak kerja..hmm cane erk.. kena jumpa bos dan bertanya ni ~bos saya rasa saya takde kerja..apa yang harus saya buat sekarang?? patut kah aku bertanya bergini??


Please Help ME~ huhu =(

Wednesday, November 17, 2010

AQUARIA KLCC + MEGAMIND (17.11.2010)

Salam all~

Di saat tak ada kerja kat opis dan di saat bos bercuti sempena hari raya haji dan juga untuk menghilangkan keboringan maka mula la tanganku menari-nari menaip cerita ini..hehe..selamat membaca la kepada sesiapa yang sudi dan kepada sesiapa yang tidak sudi membaca tidak mengapa..hehe..

Semalam sempana hari raya haji @ hari raya korban @ hari raya aidiladha, orang ramai sibuk menyembelih haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan kerbau untuk dijadikan korban lalu diagih-agihkan daging korban tersebut kepada fakir miskin dan juga orang ramai. Tapi saya mengambil keputusan untuk membawa ibu berjalan-jalan ke KLCC sambil ditemani oleh buah hati tercinta dan dua orang budak degil..hehe..

Bangun pagi seperti biasa sembahyang subuh..selepas mandi manda, saya dan ibu ke masjid untuk mengerjakan solat sunat aidiladha..terasa sayu mendengar takbir raya..huhu.. selesai solat terus pulang..ibu berkata kita masak mee goreng je la..cadangnya nak buat nasi minyak..aku ok aje..tetapi apabila sampai rumah terus kami diajak oleh jiran rumah sebelah a.k.a rumah bakal mertua ~ecece perasan pulak hehehe~ untuk makan makan di rumah mereka..memang banyak makanan dan kami kenyang sangat-sangat..hehe..terima kasih banyak-banyak kepada bakal mertua..hehe..perasan lagi =p

sesi makan-makan.hehe


sesi fotografi

Bermulanya perjalanan ke KLCC pada jam 1.45 p.m. Kami menaiki kereta menuju ke LRT Gombak dan menaiki LRT terus ke KLCC. Cadangnya nak bersiar-siar dan menonton wayang je..wayang start jam 4.20..ingat nak bersiar-siar sebelum wayang bermula..pastu si buah hati berkata jom la masuk akuaria..hmmm..lalu aku tersenyum..memang nak masuk pun tapi ongkosnye sayang.. hehe..so dia cakap dia ada bujet lagi..jadinya kami pun masuk laa..hehe..excited sungguh saya al maklum la baru first time dapat masuk aquaria ni..hehe.. seronok sangat masuk dalam dapat melihat haiwan pelik-pelik dan ada juga yang menggelikan..tapi saya sangat teruja apabila dapat melihat ikan yang besow giler..serius besow..mungkin ilusi cermin yang membuatkan ikan itu menjadi sangat besar..hehe..

Selasai menikmati pelbagai jenis haiwan dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya...lalu kami bergegas ke wayang.. it's time for movie...yeeeaay..budak-budak ni nak sangat tengok cite megamind..best gak dapat tengok 3D..hehe..mak first time tengok wayang..hehe..pastu tengok cite kartun plak tu..layan je la mak cakap..hehehe..tapi cita MEGAMIND ni memang best..I bagi 5 start...kelakar citenya..mengisahkan makluk asing iaitu MEGAMIND yang mengalami krisis identiti..last-last di memilih untuk menjadi jahat kerana dia merasakan semua perkara yang dia buat tidak disukai dan akan menyusahkan rakan-rakannya...tetapi MEGAMIND seorang yang genius..macam-macam idea dia untuk memusnahkan Metro Man iaitu Superhero yang dipuja oleh semua penduduk Metrocity..MEGAMIND sebenarnya ingin menguasai Mertocity.. eh..banyak plak bercerita..jika saudara saudari ingin mengetahui dengan lebih lanjut cerita ni, sila la pergi menonton di wayang...hehehe...

Gambar-gambar tidak dapat diupload buat masa sekarang kerana tiada dalam simpanan..tapi akan diupload kemudian..hehe..ok sila sambung kerja cik alin.. tapi kerja apa aku nak buat ni..memang tak ada kerja pun..hehe..jom la belajar Orion..jom belajar....hehe

current mode: rindu kat bauh hati yang berada nun jauh di seberang sane =(
p/s: sayam nanti bagi gambar-gambar kat i..

Monday, November 15, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA~16.11.2010

Salam~

Kejap je rasa masa berlalu..rasa baru je raya aidilfitri, masih terasa lagi kemeriahan hari raya aidilfitri hari tu..sekarang dah raya haji.. raye haji tahun ni tak dapat balik kampung sebab cuti sehari je..huhu..nak apply cuti rasa macam tak best sebab baru je masuk keje...baru seminggu lebih masuk keje dah nak apply cuti..xpatut la kan..xpe la berkorban di hari raya korban..hehe.. tapi tak la terasa sedih mane sebab mak ade datang beraya kat sini..hehe..Cian plak kat adik dengan kakak yang kena beraya kat kampung tanpa mak..xpe tok ade rumah..

hmm..hari ni bos bagi hafday...hehe..suka hati I..lepas keje nak g beli barang-barang sket..then petang sket nak ajak mak pegi beli barang-barang nak masak-masak esok..mak cakap nak masak nasik minyak..nyumm nyumm..

Selamat Hari Raya Aidiladha to all muslim..selamat makan daging korban..waaa..biasanya setiap kali raya haji kami pasti akan membuat daging bakar...huhu..tahun ni tak dapat la merasa daging bakar..huhu..

love: aLin~






Tuesday, October 19, 2010

dO hEar mE~?

Do you hear me?

I'm talking to you

Across the water across the deep blue ocean

Under the open sky, oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams

I feel your whisper across the sea

I keep you with me in my heart

You make it easier when life gets hard

I love U~

Monday, September 20, 2010

RINDU~

Pertama sekali, selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam..

RINDU~ rindu kat rumah, rindu kat mak, bo, baya, ogy, adik, rok dada, cha, renje..huhu..rindu kat mereka semua...

Xpuas rasanya bercuti raye..masih terngiang-ngiang suasana gembira di rumah..bergelak ketawa bersama keluarga tercinta..alangkah seronok dapat kerja kt negeri sendiri..

Sesungguhnya aku Redha dengan ketentuan Allah...

Saturday, July 10, 2010

aku ingin engkau selalu...hadir dan temani aku..

ungu: tercipta untukku

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya citra terindah
Bila kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata yang tak mampu
Kuungkapkan kepada dirimu...

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku

Pasti waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku..


:::jiwang mode:::rindu mode:::layan~

Thursday, June 24, 2010

E.m.O









The saddest part is that with each passing day I feel like I need you more but the fact that you don't need me at all....




















It's not when I look back at all the memories, and good times we had that make me sad, it's when you consider those memories as nothing to you, when they meant everything to me.....

Tuesday, June 8, 2010

AIR BATU CAMPUR (ABC)+ROTI+LAKSA PENENG

Terasa lama sangat tak makan Air Batu Campur aka ABC.. Tetiba je hari ni aku teringin sangat nak makan Roti cicoh (dalam bahasa orang terengganu..hehe) ABC.. Sedap sangat =D.. Laksa Peneng pulak sebab aku ternampak satu kedai kat pusanika ni jual laksa.. Apalagi, aku ni pantang je kedai jual Laksa Peneng, mesti mahu mencuba-cuba.. Makanan kegemaran aku ialah Laksa Peneng =)


Tiba-tiba aku teringat yang kafe kolej zaaba ni ada jual ABC.. Hati pun berbunga riang kerana dapat juga aku makan Roti cicoh ABC.. hehehe.. *macam orang mengidam gayanya..iskh iskh*.. Rotinya awal-awal dah beli kat kedat runcit zaaba.. Kebetulan petang tadi aku ada hal kat pusanika.. Lepas g pejabat pos kat pusanika tu, nak la balik, pastu terpandang kedai jual Laksa Peneng.. Dalam hati nak beli ke tak nak beli.. Kompem la hati aku lebih kepada nak beli.. hehehe.. Terus melangkah laju aku ke kedai itu dan tanpa berfikir panjang terus je order "nak laksa satu ea bungkus".. hehehe.. Selesai membeli terus pulang ke kolej.. Sampai kolej aku pun pergi beli ABC pulak.. Lepas beli terus pulang ke bilik dengan hati yang berbunga riang.. Ececeh.. Macam baru lepas dating je gayanya.. hehehe.. Sila la tengok gambar-gambar ABC+Roti+Laksa Peneng yang aku snap ni..layan~


ABC - RM2.00

*Roti cicoh ABC*=D
ABC ni sesangat la manisnya.. Siap aku tambah air masak segelas rasanya.. Hari-hari aku minum boleh kena penyakit kencing manis..haha.. Nak cakap yang buat ABC ni gadis cantik manis bukan, yang buatnya lelaki.. Ke dia tengok aku ni manis (waa..perasan sudaa)

Laksa Peneng - RM3.00



*ready to eat* waaa.. Banyaknya asam keping Rasanya boleh tahan sedap cuma masam sikit sebab banyak sangat kot asam keping..papepun aku enjoY~


sebenarnya beli roti nak makan nga butter ni.. Hari tu masa pulang kampung kutip kt umah..
i like this~!



Wednesday, May 12, 2010

~meLayang-meLayang~

aku rase mcm melayang-layang je kepala aku ni..*bukan melayang-layang di awangan ye adik adik*...mungkin sbb aku terlampau byk minum nescafe..huhu..nak wak tesis dgn cemerlang la kate kan..bayang la sehari aku minum 3 gelas nescafe..kesan kafein kot..sblm ni aku bkn jenis minum nescafe sgt..xberapa gemar..lebih gemar milo..lebih sehat dan kuat~!!

al-kisahnya..kononnye xnak bagi mengantuk..minum la IPOH WHITE COFFEE..3 gelas minum pun xjadi hape..lepas minum pun boleh aku tertido dgn jayanye..hahaha...sampai sekarang diri ini rase melayang layang =(

Tuesday, May 4, 2010

twEnTy FouR

I feel like want to give up with my life...





but i cannot...






and the truth is i must be strong...






but strong or not life must be go on...





(^ _^)'

Thursday, April 29, 2010

goInG to inTerbiu~

toDay i haVe interBiu at cosuLtanT comPany, Dr Y G Tan Jurutera Perunding..huhu..dup dap dup dap~takot..
wisH me luCk~

*tGh prePare interBiu*

Sunday, April 25, 2010

BELAJAR MEMANDU

hari ini hari last belajar memandu..esok test JpJ..waaa
dup dap dup dap..da start da debor..pasti aku xleh tdo mlm ni..biasa la aku bile sesuatu yang mendup dapkan jantungku pasti tak lena tido ku dibuatnye..huhu

aku ni jenis penakot dengan kenderaan bergerak ni..iskk..bile takot mula la gabra..bila gabra mula la xhingat ape..adui laa...harap-harap semuanya berjalan lanCar esok..Ya ALLAH, mudahkan segala urusan ku esok..amin..

*en aiman, katenye kamu mahu belikan kereta bile sy dpt lesen..ngehehe*

Friday, April 16, 2010

~S.A.D~

selamat tengahari~

nak berblogging jap b4 sambung study...lagi pun baru lps makan..rilex2 jap..
nape title hari ini SAD???
waaa..sedih..sob..sob..

tadi mase nak g beli makan tghari, g kdai potostat jap..masuk je kedai 2, bunyi suara anak kucing yang kuat sgt..rupenye org kdai potostat 2 tgh pegang penyapu halau anak kujing 2..iskh..nak halau pun agak2 la..anak kucing kot..cian dia ketakotan..aku pun panggil2 la anak kucing 2..ank kucing 2 kuar..tp still takot terus lari ke pintu nak kuar tapi masa mase nak kuar terlanggar2 pintu.cane erk nak ckap..pintu terbuka tp anak kucing 2 berada kt belakang pintu..dia da tehantuk2 langgar pintu 2..pintu yg kaca..ala cian sgt..nk nagis da aku tgk..aku g slow2 angkt anak kucing 2 amik dia letak lua..cian cangat..da la comel..wane itam..kucing feberet aku wane itam ni..huhu..rase nak amik belaa..huhu.....pastu borak2 nga kakak fotostat 2, dia ckp xabis2 kucing kt zaba ni..padahal da buang banyak kali...tersentak kot mase kakak 2 ckp..ye la sepanjang aku duk kt zaba, aku igt da sume kucing kt cini..aku tgk kucing2 dari kecik sampai besar..cedey gak la bile kena buang..patut la aku tgk berkurang kucing kt zaba ni...huhu...mane erk diorang buang..cian lak..da elok2 duk cini nape lak nak buang..harap2 diorang buang kt tempat yg elok2..xbuang dalam sungai ke..huhu..jgn la jdi kejam begitu sekali nga makluk Allah..

aku xkesah pun orang nak cakap aku ni emo lebih pasal kucing ke..nak ckp aku ni pasal kucing pun nak cedey2..xpe aku xkesah pun..aku x kacau pun hidup diorang...

harap-harap sume kucing yg kena buang 2 selamat la~

ni gambar2 kucing kt zaba yg aku penah amik


huhu..kucing ni manje..


puteh


puteh makan


oren tdo

oren


*mizz all*

.M.A.R.A.H.

marah
marah
marah
marah
marah
marah

tak suke
tak suke
tak suke

=(


haipP~!!


my bad~!

sekian........

Tuesday, April 13, 2010

*Tupai-Tupai*

Tupai-Tupai ni nama sebuah restaurant kt area UKM ni, xjauh pun dari stesen komuter UKM...comel betol name diberi secomel tempatnye =D.. smalam kami pergi la makan cini..baru buke kot..sbb sebelum ni x prasan pun ade restaurant kt citu..masuk je aku nampak steamboat buffet..waaa..hati ku menggelora mahu makan steamboat..tapi apelah naseb badan si buah hati tidak berapa menggemarinya..musnah harapan..ngekk..xde la....hehe
mase kami tiba 2 xramai pun orang yang datang makan..lalu kami pun dan duduk terus order..sambil melihat menu sambil mengjeling kt si dia..sambil tersengih mcm kerang busuk..wahaha..harga makanannye..woww~ boleh tahan mahal la..baru buke kot harga pun leh tahan mahalnye kot..then saya orde beehun cantonese dan air limau suam...aiman orde nasi gerang ayam blackpaper nga air nenas..makanan si aiman ni yg sampai dulu..sampai je dia gelak..haha..mcm nasi goreng biase kt kedai yg slalu kita makan je..mane ayam blackpaper nye..aku pun berkate..dia lupe nk bg ayam blackpaper 2 kot..mcm nasi goreng kicap yang mcm aku goreng pun ade..wahaha..hargenye RM8.00 xcilap aku..waaahaha.. naseb baek akunye lak ok..leh tahan rase gak beehun cantonese kt situ and byk seafood..rase pun best gak..harge xcilap aku RM6.50 kot..total kami mkn smalam RM22.00..haha..biasenya kami mkn mlm xsampai pun RM 20..xpe la skali skala kate dia..aku pun ckp, skali je kot xde dah skalenye..haha..ade beberapa gambar je aku amik..layan je lah~

beehun cantonese ku..aku igt hiasan ape la kt tepi 2..rupenye beehun yg digoreng kot..tp rasenye cedap..rangup sekali =D


ni la nasi goreng ayam blackpaper..hehe..dia makan pastu ckp byk sayur la..nak rase awknye sket la..teliur sy punye la 2..lalala~


ni la kedainye..waa..xnampak pape..lampu bergemerlapan byk sgt..ditambah dengan camera tepon je digunkan tok amik gambar..mmg xnampak pape laa..




Saturday, April 10, 2010

-suda lame sy tidak berblogging-

salam alL~peace n0 war =D

giler lame blog ni terabai..malas sunggoh ler pemunye blog ni nk mengupdate blognye..aiskhh..bz kot nk menghabiskan saat2 terakhir sebagai pelajar..penat dowh belajar dari kecik sampai bes0..ehehe..tp aku tetap bersyukur kerna aku dipilih menjadi insan yang mempunyai ilmu pengetahuan di dada*ayat xley blah =D*..

sebenarnya tgk bosan ni+malas *alwaz*.. rini beberapa muka surat (2 or 3 je kot) report ITIS aku buat..ingat petang ni nak ciapkan..adui xberjaya kena sambung malam ni plok la..igt mlm ni nk wak report soil dynamic lak..tertangguh lagi..*amalina ni kamu suke tangguh2kan*..xtahu nape malas pelik rini..asyik tergolek2 kt atas katil ni sambil berinternet n melayan cite MYSPY lakonan ac nga sape ntah, lupe plak..hehe..nk g makan pun malas ok..lapa ade..nk mkn malas..apecer~!! *lazy girl*..iskhh malu tau anak dara malas2..eeee..ok malam ni sy rajen..ciap kan keje yg patut *semangat nih*

6.30 p.M...kringg..kringg..buah hati call~yeaahh~ awal plak mamat ni abeh kej0 rini..biasenye lagi tak mlm x blk kejo..lalu dia berkata "jum wak keje gila esok"..aku pun jawab.."ape gile2 ni..iskhh.." dia pun jawab"xde la jum esok g pangkor..pagi2 kita naek bus then petang kite blk la"...pangkor~!! cam best je punye..I suke g jejalan. I love TravELLing~ lalu dia berkata lg "pe lagi ciap la kite g beli tiket" lalu aku menjawab "baek Bosh~!"
lalu kami ke hentian kajang membeli tiket..naek bus es0k kul 9.15 a.M kt pudu turun lumut dan beli tiket blk terus ciap2..blk kuk 5 p.M dari lumut ke pudu..waaa..memang keje gila...xpe asalkan dapat jalan2..aku pun mmg xpenah g pangkor..

then kerana kelaparan *sape suroh xmkn pape dari pagi sampai petang~!!* aku pun ajak la si dia makan..maka makan la kami kt area hentian kajang 2..kami makan kt ANI SUP UTARA..mmg sup je la jualnye..bermcm aneka sup..kami pun oder la nasi puteh nga sup daging..nak order telur dadar.xde la pulak...pelayan 2 ckp maaf ya kt sini mmg sup je ade...000..ye ke..xpe la kami pun tambah lg 1 sup.sup perot..tp sup dia ok la..not bad..sedap =D
selesai makan pulang UKM la~

air suda sampai-laici kang nga bandung cincau-

jom makan =D


ni la aktiviti dia before or after makan..bace paper~!aku pun layan je la..dapat gak aku tahu isu2 semasa.hehe


ok..da ade moOd nak wak keje =D

*xsabo tunggu esok*

Wednesday, February 17, 2010

KUCING SAYA ILANG *TOLONG*




sape2 ade jupe gtau saye..kt seminggu doh dop silap ilang..huhuhuh~



Saturday, January 2, 2010

tahuN Baru 2010~

ape AZAM tahun baru?? secara jujurnye setiap kali tahun baru aku xpernah berazam pun..ntah la..ape yang aku fikir teruskan hidup dan aku harapkan hidup aku akan menjadi lebih baik..itu kira azam la kot..tahun ni pun aku fikir nak jadi lebih baik..harap2 lepas belajar dipermudahkan aku dapat keje..buleh tolong mak ayah...2 kira azam la kan..hehehe...tahun ni pun umur aku da 24 tahun..cam xcaye da xremaja da aku..da menjadi belia da aku..belia harapan negara..InsyaAllah..

tahun 2009..tahun yang sangat mencabar bagi aku..macam2 masalah timbul..memang memerlukan kekuatan yang sangat..huh~ yang paling menguji diri ini ialah masalah keluarga..serius xsangka menda ini semua akan terjadi..walaupun xdapat terima lagi aku tetap redha..aku sentiasa mendoakan kebahagian mereka..masalah dengan kawan lagi..nasib ade kawan2 yang memehami..thanks to all my frendz yang memahami~

bukan senang nak jadi orang yg sempurna..memang xde pun yg sempurna cuma Allah telah memberi kelebihan pada setiap manusia dan atas kitalah untuk menghargainya atau tidak....lagi satu bukan semua yang kita ingini akan tercapai..kalau kita mahu ianya tercapai mamang memerlukan usaha yang lebih..usaha tanpa jemu dan tawakal pada Allah Yang Maha Esa..jgn tawakal je tanpa berusaha apa2 pun.memang la xjadi..

tahun ini aku harap aku akan lebih tabah dan lebih kuat menjalani liku2 hidup yang sangat mencabar ni..
BIG GIRL DON'T CRY~!!!