Tuesday, June 8, 2010

AIR BATU CAMPUR (ABC)+ROTI+LAKSA PENENG

Terasa lama sangat tak makan Air Batu Campur aka ABC.. Tetiba je hari ni aku teringin sangat nak makan Roti cicoh (dalam bahasa orang terengganu..hehe) ABC.. Sedap sangat =D.. Laksa Peneng pulak sebab aku ternampak satu kedai kat pusanika ni jual laksa.. Apalagi, aku ni pantang je kedai jual Laksa Peneng, mesti mahu mencuba-cuba.. Makanan kegemaran aku ialah Laksa Peneng =)


Tiba-tiba aku teringat yang kafe kolej zaaba ni ada jual ABC.. Hati pun berbunga riang kerana dapat juga aku makan Roti cicoh ABC.. hehehe.. *macam orang mengidam gayanya..iskh iskh*.. Rotinya awal-awal dah beli kat kedat runcit zaaba.. Kebetulan petang tadi aku ada hal kat pusanika.. Lepas g pejabat pos kat pusanika tu, nak la balik, pastu terpandang kedai jual Laksa Peneng.. Dalam hati nak beli ke tak nak beli.. Kompem la hati aku lebih kepada nak beli.. hehehe.. Terus melangkah laju aku ke kedai itu dan tanpa berfikir panjang terus je order "nak laksa satu ea bungkus".. hehehe.. Selesai membeli terus pulang ke kolej.. Sampai kolej aku pun pergi beli ABC pulak.. Lepas beli terus pulang ke bilik dengan hati yang berbunga riang.. Ececeh.. Macam baru lepas dating je gayanya.. hehehe.. Sila la tengok gambar-gambar ABC+Roti+Laksa Peneng yang aku snap ni..layan~


ABC - RM2.00

*Roti cicoh ABC*=D
ABC ni sesangat la manisnya.. Siap aku tambah air masak segelas rasanya.. Hari-hari aku minum boleh kena penyakit kencing manis..haha.. Nak cakap yang buat ABC ni gadis cantik manis bukan, yang buatnya lelaki.. Ke dia tengok aku ni manis (waa..perasan sudaa)

Laksa Peneng - RM3.00



*ready to eat* waaa.. Banyaknya asam keping Rasanya boleh tahan sedap cuma masam sikit sebab banyak sangat kot asam keping..papepun aku enjoY~


sebenarnya beli roti nak makan nga butter ni.. Hari tu masa pulang kampung kutip kt umah..
i like this~!



1 comment: