*Assalamualaikum*
Tips merancang perbelanjaan ini untuk diri aku sendiri yang tidak pandai merancang perbelanjaan...ishkk ape nak jadi doh tue-tue xpandai-pandai lagi ke nak merancang perbelanjaan..insaf la cik kak oii..huhu..jujurnya aku memang xpernah pun merancang perbelanjaanku.sadis betol la ko ni alin =((..well xpe xpe masih belum terlambat..aku akan cuba dengan azam tahun baru ni untuk merancang perbelanjaanku agar aku dapat menyimpan demi masa depan dan juga untuk kawen cepat (aiii bile nk kawen nim!!)..nak dijadikan cerita..sambil melayan perasaan kt opis di saat malas nak buat kerja, tiba-tiba aku terfikir, kemana duit gaji aku habis??..berjoly sakan kah?? dan terus berfikir sampai bila kah nak jadi macm ni..so aku bertekad..ecece bertekad sangat la konon..InsyaAllah..ini tekad betol-betol punya wa cakap lu..aku bertekad mahu menyimpan duit gaji aku ke dalam asb akuan sekurang-kurang pun RM100/bulan..dengan tekad dan azam ku ni la aku terus mengoogle *BAGAIMANA MERANGCANG PERBELANJAAN*...dan apa yang aku temui tips merancang perbelanjaan seperti di bawah (sila baca tips nya di bawah ni ye tuan-tuan dan puan-puan)..tips ini di ambil di blog: istimewa2u Thanks kerana sudi berkongsi tips ini...ok jom kawan-kawan kita baca tips ini dan jangan lupa pratik, jangan bace je taw...
LANGKAH MERANCANG PERBELANJAAN ANDA:
Tentukan Matlamat Kewangan:
Matlamat kewangan perlulah menggambarkan perkara yang ingin anda kecapi dengan wang anda dalam satu masa tertentu. Dengan penetapan maklamat ini, ia akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan untuk anda berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa sama ada pendek, sederhana, panjang. Rancang apa yang ingin anda lakukan seperti:
- membeli rumah atau kereta (ok kereta dah ada sekarang..alhamdulillah..sakarang xleh fokus beli rumah lagi..fokus lebih kepada kawen..gatai la hang ni..hehe)
- membina keluarga (ni la fokus utama i sekarang..gagaga)
- menabung untuk pendidikan anak (nanti dah ade anak baru pikir)
- menyimpan wang untuk kegunaan selepas bersara (ini nnti umur i 40 tahun ke atas kot)
Jejaki Aliran Keluar Wang anda:
Ok ini sangat la penting bagi aku..sebab aku kekadang jd confius ke mana kah duit gaji aku selama ini telah aku salurkan..
Selepas matlamat ditentukan, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik dan terancang agar matlamat yang dibina tercapai. Ingat matlamat yang dibuat dalam masa jangka terdekat bukan lah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi bagi mengenalpasti tabiat perbelanjaan anda. mengetahui permerhatian ini anda boleh mengetahui:-
- bagaimana dan kemana anda membelanjakan wang anda? - hmm..maybe shopping..beli make up..so after this kene beli apa yang perlu je..huhu..
- berapa jumlah hutang anda pada setiap bula,n? - ni pun banyak gak ni..tiap-tiap bulan kene bayar rumah sewa, kereta, ptptn, easy bank, bla bla blaaaa..sampai bila la nk habis hutang ni..
- berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan? - ok malu nak cakap..dalam bank sekarang ade 30 hengget je..huhu..*atas dasar ini juga la aku terpikir untuk merancang perbelanjaanku*
- berapa jumlah wang yang dibuat tabungan pada setiap bulan? - ok ini lagi malu nak cakap..setakat ni langsung takde..huhu..
Nilai Tabiat Perbelanjaan Anda:
Sekiranya anda mendapati wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda memulakan penilaian terhadap tabiat perbelanjaan anda. Teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang benar-benar diperlukan atau memenuhi kehendak anda saja (kebanyakan barangan yang aku beli salama ni adalah untuk memenuhi kehendak aku je, contohnya beli baju..padahal banyak je lagi baju yang elok dipakai tapi bila tengok baju baru yang cantik di pasaran tidak dapat menahan nafsu ingin membeli..huhu..lumrah kot wanita macam ni kan..suka shopping mopping ni).. Awasi sama ada anda:
- menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa (cane je nak guna simpanan, simpanan pun takda)
- memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama (oooo.ini bahye..lagi-lagi g pinjam dengan
ALONG..ini dikatakan menambahkan lagi masalah..InsyaAllah akan ku hindari mende ni semua berlaku dalam hidupku) - mengeluarkan simpanan untuk membeli barangan berjenama dan sekadar memenuhi kehendak (ini banyak berlaku kepada wanita..sorry to say..mostly wanita suka sangat barangan berjenama..ade brand baru ade class..lelaki pun ade gak la yang macam ni..xkesah la kan bila dah ade duit boleh beli apa aje..tapi time xda duit baru nak beringat *ingatan untuk diri sendiri*)
Tulis Rancangan Perbelanjaan Anda:
Pelan perbelanjaan mampu membantu anda daapt merancang kewangan. Melaluinya anda boleh mengesan ke mana wang anda di belanjakan. Seterusnya mula merancang perbelanjaan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan berikut:
- tentutakan jumlah pendapatan bulanan anda (ok da tentu dah)
- pastikan jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan, bayaran balik pinjama, sewa, perbelanjaan harian dan lain-lain (ok ini kena buat senarai apa yang patut)
- asingkan sejumlah wang bagi tujuan kecemasan dan perbelanjaan bermusim seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insuran dan lain-lain (bagi yang xkawen seperti i simpan duit kecemasan jika hujung tahun da habis duit belanja boleh guna duit ni..ade backup la..kalo xguna boleh simpan dalam asb)
setakat ini sahaja..moga artikel ni dapat memberi manfaat pada semua..sempena masuk tahun baru ni, marila kita sama-sama berazam merancang perkahwinan..perbelanjaan kita..hehe..all the best~
No comments:
Post a Comment