Sunday, February 5, 2012

FACE SKIN CARE PRODUCT REVIEW #1: GARNIER PURE ACTIVE MULTI-ACTION SCRUB


Fungsi:  Melawan 6 tanda jerawat:
                 1. Jerawat
                 2. Bintik-bintik putih
                 3. Bendasing
                 4. Kulit berminyak
                 5. Pori terbuka
                 6. Kulit tampil tidak sekata

Bahan utama: Purifying Salicylic Acid & Herba Repair

My review: Berkesan untuk kulit berjerawat dan berminyak. Sejak I guna produk ni (baru seminggu lebih penggunaan) jerawat boleh dikatakan berkurang dan kulit dah kurang berminyak. Jika jerawat tumbuh pun, jerawat cepat mengecut. Sebab I beli scrub ni nk kecilkan pori-pori sebenarnya. Setakat ni selama seminggu lebih menggunakan scrub ni, terasa pori-pori dah makin mengecil skit la. I akan update lagi perubahan selepas sebulan :)

Beli @ Gurdian

Harga: RM 5.00 ++

Selamat mencuba :)


Thursday, January 12, 2012

MASAK MASAK: NASI GORENG KOSONG + SUP AYAM

*ASSALAMUALAIKUM*

Semestinya masak untuk suami dan untuk bawak bekal ke kerja. Macam sekolah plak bawak bekal-bekal ni. Boleh jimat sket. Masakan yang simple untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan masakan macam aku ni..hehe..Ingat kan nak makan dengan nasi putih, tapi macam kosong plak makan sup dengan nasi putih biasa je..hehe

So ini la sarapan pagi kami..berat betul sarapan pagi..

SIMPLE & SEDAP

SUP AYAM 

NASI GORENG KOSONG


BAHAN-BAHAN UNTUK SUP:
  • 400gram ayam dipotong kecil-kecil 
  • 1 sup bunjut
  • Kentang 
  • Carrot
  • Bawang merah 4 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • Halia dalam 1 inci ditumbuk
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 5 gelas air
  • Daun sup
CARA-CARA MEMBUAT SUP:
  • Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Masukkan dalam 2 sudu minyak ke dalam periuk yang panas, panaskan minyak.
  • Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tumis sehingga naik bau
  • Masukkan air dan sub bunjut adabi
  • Masukkan ayam, kentang dan carrot
  • Tunggu sehingga mendidih dan setelah yakim masak boleh la hidangkan
  • Taburkan daun sup yang dipotong-potong ke atas sup nak bagi wangi..hehe
BAHAN-BAHAN UNTUK NASI GORENG KOSONG:
  • Nasi putih
  • Bawang merah dan bawang putih yang dikisar
  • Cili boh
  • Garam
  • Serbuk nasi goreng ikan bilis
  • Minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUAT NASI GORENG KOSONG:
  • Masukkan minyak dalam kuali panas dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar
  • Tumis sehingga garing sket, kemudian masukkan garam
  • Masukkan nasi putih dan gaul sehingga sebati
  • Setalah sebati nasi dengan tumisan tadi boleh la taburkan serbuk nasi goreng ikan bilis dan gaul lagi sehingga sebati
Done! untuk nasi goreng tu anda sebenarnya boleh masukkan kan sayur, fish ball ke.telur ke.. disebabkan suamiku tak makan sayur-sayuran dan telur dgn fish ball dan sewaktu dengannya xde stok jadi masak la nasi goreng kosong je.. hehe..

Selamat mencuba la ye adik-adik.. akak-akak dan makcik-makcik x mencuba pun xpa sebab korang pejam mata pun boleh masak ni semua..hehe



Thursday, January 5, 2012

6 SEBAB GAGAL TURUNKAN BERAT BADAN

*Assalamualaikum*

All ladies must read this!!! haha

Diet punya diet duk cam tu jugak..rupanya dietnya tak betul..jom baca!

6 sebab anda gagal turunkan berat badan anda:

1) MENGELAK WAKTU MAKAN
Ramai beranggapan (ramai ke? ke aku je cam ni) mengelak waktu makan dapat menurunkan berat badan. This is totally wrong ladies! makan la pada waktunya dan pilihlah menu makanan yang sihat dan seimbang ye. Sarapan pagi jangan tinggal nantikan takde tenaga nak wak keje, nak buat keje mesti lah bertenaga..hehe.. Malam pun kena makan, tapi makan sebelum pukul 8 malam ye. 

2) TIDAK BERSENAM 
Waaa..ni benda paling aku susah buat..bersenam..adoi ya! bila anda bersenam, kadar merabolisme anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh kita. InsyaAllah berat badan kita boleh menurun. Hmmm.. Bila aku mahu bersenam ni!

3) ENGGAN MENYENTUH KALORI
Jangan tak sentuh kalori langsung ye sebab badan kita memerlukan kalori tetapi jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian. Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;

lelaki ~ 2500 kalori setiap hari
wanita ~ 2000 kalori setiap hari 

Kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh ialah kadar metabolisme anda akan menurun secara mendadak. Malah boleh menyebabkan anemia.

4) HANYA MAKAN BUAH DAN SAYUR
Tubuh kita juga memerlukan nutrisi dan mineral lain. Jika kita cuma ambil sayuran dan buah-buahan sahaja, tubuh kita tidak cukup nutrisi dan mineral tersebut. 

5) SUKA SALAD MAYONIS 
Salad yang dicampur mayonis dan pelbagai perisa lain yang tinggi kalori akan membuatkan berat badan anda tidak menurun ye. Jadi buat la salad untuk diet.

6) TAK MINUM SUSU LANGSUNG
Minum la susu rendah lemah ye bukan susu penuh krim. Pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga boleh menurunkan berat badan kita.


Sebenarnya dalam seminggu penurunan berat badan yang ideal ialah dalam lingkungan 0.5kg~1kg. jika lebih dari julat ini, ia akan menimbulkan komplikasi, di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah. Oleh itu perpada-pada juga jika mahu berdiet ye. Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Selamat mengamalkan diet yang seimbang. .

Info oleh : http://petuasejagat.blogspot.com

Monday, April 11, 2011

APALAH NASIB DIRI INI...

*ASSALAMUALAIKUM SEMUA*


Apalah nasib diri ini, kurang diajarkah atau kurang pandai atau tak boleh berfikir..Allamdulillah..Allah masih mengurniakan aku akal untuk aku berfikir...kadang-kadang pemikiran kita tak sama..tu yang susah bila pemikiran tak sama...hura-hara jadinya...tapi susah la kalau orang sekeliling kita berfikiran kita tak boleh berfikir..sebab kita semua dikurniakan Allah akal untuk berfikir..lain orang lain cara pemikirannya..lain orang lain tahap pemikirannya..

Lumrah dunia, bukan semua benda yang kita buat akan disenangi semua orang, akan ada yang tak berpuas hati, akan ada yang tidak menyenangkan orang, akan ada yang memandang serong, malah akan ada yang menghina dan mengherdik..oleh sebab itulah ada orang disekeliling kita beranggapan kita tidak boleh berfikir disebabkan apa yang kita lakukan itu tidak disenangi mereka..ye la apa yang kita lakukan tidak seperti yang mereka fikirkan..

Apa yang aku tulis ni bukan untuk membanggakan diri, bukan nak bagitahu aku ni bagus, bukan nak tunjuk pandai sebab diri ini bukannya pandai pun..dan buka juga nak burukkan orang..bukan jenis aku nak burukkan orang apa lagi nak cari gaduh dengan orang..dah kalo orang nak burukkan kita, itu hak diorang laa..

Dah nak masuk 5 bulan rasanya aku masuk umah sewa yang aku sewa sekarang, bukan senang rupanya nak duk umah sewa ni kalo tak kena dengan caranya..dulu pun masa belajar bukan duk menyewa, duk asrama...masing-masing ada cara hidup masing-masing.. mungkin cara hidup aku tidak disenangi orang, ye la sampai macam-macam aku diajar.. any way, thanks pada yang sudi mengajar..banyak yang aku belajar..dan bohong aku tidak berkecil hati..tapi bila pikir balik, kenapa perlu berkacil hati sedangkan ada orang nak betulkan apa yang salah..bukan diri ini nak mengasingkan diri cuma diri ini segan dan takut setiap apa yang dilakukan akan ada yang tidak berpuas hati..

Takdir aku rezeki Allah berikan aku bukan di kampung halaman aku, aku tetap bersyukur kerana diberikan aku rezeki..siapa tak mahu kerja kt negeri kelahiran masing-masing, dekat dengan keluarga tercinta, tak payah nak pikir nak sewa umah sana sini kan...

Dah berhenti menulis..nanti orang ingat ko gile menangis depan PC..bye nak sambung buat keje..

wassalam

p/s: ingin meminta maaf andai apa yang telah dilakukan diri ini menyakitkan hati orang dan tidak disenangi orang..diri ini bukannya baik pun tapi bukan suka berpura-pura buat baik..sekian..











Thursday, April 7, 2011

OH LUPE NAK INFORM

*ASSALAMUALAIKUM*

Kawan-kawan, TARIKH KAMI dah bertukar...

1. Akad nikah - 09 September 2011 (malam)
2. Majlis Persandingan (Belah perempuan) - 10 September 2011
3. Majlis persandingan + sambut menantu (Belah lelaki)  - 17 September 2011

ok dah awal seminggu..hoorreeey..hee

save the date kawan-kawan..bye~

WEDDING COUNTDOWN

*ASSALAMUALAIKUM*

Tadi duk usha blog B2B terjumba la weeding countdown..
jadi aku pun nak tahu gak brape lame lagi aku nak bergelar isteri orang ni..
sape-sape yang nak buat 2 boleh la buat kat sini..simple je buatnye..
ok..hasilnya 155 hari lagi anda akan menjadi isteri kepada en aiman..
dup dap dup dap..mengelabah jap..in my mine now..how ur prepration alin??
OMG~

ooo..gedixkan kucing 2..


ok..bye..dalam kepala da pikir macam-macam sebenarnya..



Wednesday, April 6, 2011

NAK KE MANA NI??



kuda kuning: kita nak kemana ni rimau bebelang..

rimau bebelang: ntah la..jalan-jalan cari makan kot ni..tapi macam best je duduk begini menikmati alam..

kuda kuning: aaha duduk begini lelama boleh jadi hitam aku..hitam kepanasan..


p/s: sekadar meluangkan masa terluang di opis..dah g buat keje..ok byeee~