Thursday, January 5, 2012

6 SEBAB GAGAL TURUNKAN BERAT BADAN

*Assalamualaikum*

All ladies must read this!!! haha

Diet punya diet duk cam tu jugak..rupanya dietnya tak betul..jom baca!

6 sebab anda gagal turunkan berat badan anda:

1) MENGELAK WAKTU MAKAN
Ramai beranggapan (ramai ke? ke aku je cam ni) mengelak waktu makan dapat menurunkan berat badan. This is totally wrong ladies! makan la pada waktunya dan pilihlah menu makanan yang sihat dan seimbang ye. Sarapan pagi jangan tinggal nantikan takde tenaga nak wak keje, nak buat keje mesti lah bertenaga..hehe.. Malam pun kena makan, tapi makan sebelum pukul 8 malam ye. 

2) TIDAK BERSENAM 
Waaa..ni benda paling aku susah buat..bersenam..adoi ya! bila anda bersenam, kadar merabolisme anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh kita. InsyaAllah berat badan kita boleh menurun. Hmmm.. Bila aku mahu bersenam ni!

3) ENGGAN MENYENTUH KALORI
Jangan tak sentuh kalori langsung ye sebab badan kita memerlukan kalori tetapi jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian. Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;

lelaki ~ 2500 kalori setiap hari
wanita ~ 2000 kalori setiap hari 

Kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh ialah kadar metabolisme anda akan menurun secara mendadak. Malah boleh menyebabkan anemia.

4) HANYA MAKAN BUAH DAN SAYUR
Tubuh kita juga memerlukan nutrisi dan mineral lain. Jika kita cuma ambil sayuran dan buah-buahan sahaja, tubuh kita tidak cukup nutrisi dan mineral tersebut. 

5) SUKA SALAD MAYONIS 
Salad yang dicampur mayonis dan pelbagai perisa lain yang tinggi kalori akan membuatkan berat badan anda tidak menurun ye. Jadi buat la salad untuk diet.

6) TAK MINUM SUSU LANGSUNG
Minum la susu rendah lemah ye bukan susu penuh krim. Pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga boleh menurunkan berat badan kita.


Sebenarnya dalam seminggu penurunan berat badan yang ideal ialah dalam lingkungan 0.5kg~1kg. jika lebih dari julat ini, ia akan menimbulkan komplikasi, di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah. Oleh itu perpada-pada juga jika mahu berdiet ye. Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Selamat mengamalkan diet yang seimbang. .

Info oleh : http://petuasejagat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment