Friday, February 10, 2012

PORI-PORI BESAR

*ASSALAMUALAIKUM*

Nak bercerita skit pasal pori-pori ni disebabkan aku mengalami pori-pori yang besar di mukaku ini (bukan mukabuku ye)..nak tahu gak punca pori-pori ni boleh jadi besar dan juga cara nak kecikkan balik pori-pori yang besar gedabak ni..hehe..check it out~

PUNCA LIANG PORI MEMBESAR

Apakah pori-pori ni sebenarnya? Pori-pori ialah liang kecil pada permukaan wajah yang mengeluakan minyak dan peluh. Secara fakta la ye, terdapat 20 000 pori-pori kat muka kita ni.. aku x sempat lagi nak kira brape pori-pori kt mukaku ini..hehe.. Setiap orang mempunyai saiz pori yang berbeza. Punca pori-pori besar:
  1. Mereka yang memiliki kulit berminyak selalunya mempunyai saiz pori yang besar kerana lebihan peluh yang keluar daripada folikel yang dikenali pilosebaceaous yang tidak dapat dikeluarkan, lalu menjadi saiz pori besar serta jelas dilihat dengan mata kasar.
  2. Sel kulit mati yang terkumpul pada permukaan wajah, peluh dan kotoran, yang melekat di sekeliling pori menyebabkan pori membengkak serta membesar dengan bentuk bujur.
  3. Gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok juga menyebabkan kulit berpeluh lebih banyak 
  4. Pencemaran alam 
  5. Faktor genetik
  6. Faktor penuaan, pori menjadi lebih besar apabila usia meningkat, kulit kehilangan kolagen dan kehilangan keanjalannya sekali gus menyebabkan pori menjadi besar
  7. Perubahan hormon dikalangan wanita hamil turut menyebabkan pori membesar
  8. Cuaca panas, akibat pendedahan kepada sinaran matahari 
Manakala terdapat dua punca pembesaran saiz pori-pori iaitu pori-pori tidak mengecil malah semakin membesar-besar..ni yang geram ni xmau kecik asyik nak membesarje.. Puncanya ialah pengumpulan peluh berlebihan atau sel mati dan pori yang kendur. Pengumpulan peluh berlebihan atau sel mati sering berlaku di kalangan remaja (diriku ini remaja lagikah??) dan cuaca yang panas. Kebanyakannya memiliki kombinasi kulit berminyak pada zon T. Pori kendur berlaku pada usia meningkat (aku rasa ni kot punca pori aku besar..usia dah meningkat bukan remaja lagi oii). Pori memerlukan struktur kolagen sihat bagi menyokong dindingnya dan membentuk pori yang kecil. Dinding pori disokong oleh dermis dan epidermis (macam belajar sains mase sekolah menengah plak). Apabila dermis kehilangan keanjalan, iaitu kehilangan sokongan fizikal yang menyebabkan kulit menjadi kendur.


TIPS MENGECILKAN PORI-PORI

HARIAN
  1. Bersihkan makeup sebelum tido walaupun kita tidak menggunakan make up setiap hari (hanya guna pelembab, bedak dan lipstik). Ambil masa untuk membersihkan muka dengan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit muka. Ini untuk memastikan kotoran dan minyak dibersihkan dan tidak berkumpul kat muka tu. 
  2. Cuci muka dengan sabun yang mengandungi salicylic acid, bahan ini akan menghancurkan minyak dan kotoran yang menyumbat pori-pori dan membantu memperbaiki permukaannya.
  3. Gunakan pelembab yang tidak mengandungi minyak dan tidak menyebabkan alergi. Salicylic acid kemungkinan akan menyebabkan iritasi untuk beberapa jenis kulit tertentu. 
  4. Pakai krim malam
  5. Gunakan sunblock apabila mahu keluar rumah.
MINGGUAN
  1. Pakai Scrub selang 3 hari
  2. Pakai mask selang sehari
CARA SEMULAJADI YANG JIMAT
  1. Putih telur dapat mengecilkan pori-pori di wajah disamping dapat membuang bintik hitam juga. Caranya, amik putih telur celukkan kapas dalam putih telur dan tampal kt seluruh muka tu, then boleh tido, esok pagi buka perlahan-lahan dan tengok sendiri lah apa yang terlekat kat kapas muka tu..hehe
  2. Ambil Sour cream secukupnya, sapukan ke bahagian wajah dan leher. Biarkan selama 15 minit dan cuci sehingga bersih
  3. Masker belimbing dan nanas, kandungan vitamin A dan C nya amat berkesan untuk mengecilkan pori-pori kulit wajah, menyegarkan sekaligus menyejukkan. Kandungan mineralnya juga berupaya mengatasi kulit berminyak dan mengurangi kelesuan yang kulit yang menyebabkan kita nampak lebih tua daripada usia sebenar.
  4. Masker tomato juga dapat mengecilkan pori-pori kerana terdapat vitamin C.
huhu..wajahku dengan pori-porinya..harap-harap pori-pori tu dapat dikecilkan..good luck alin!

4 comments:

  1. Apa jadi after tido? kulit jadi apa? :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. *tolong jawab :)

      nak mudah jika 'kurang' rajin.

      1.sediakan tomato (yang agak lembik sikit)
      2.slice kan dlm 3-4 hiris. (baki boleh simpan dan guna lain waktu)
      3.just gosokkan kat muka.
      4.tunggu sampai kering,then bilas macam biasa .

      #nota:
      -biasanya kalau kulit kita kering,akan terasa sedikit pedih .
      tapi it's ok. dengan tomato tu dia akan bantu repair kulit kita balik. :)

      Selamat mencuba .

      Delete
  3. Bonjour à tous, qui a utilisé le Mitigeur cascade avant? Nous devons acheter un nouveau pour notre maison en ce moment, si vous savez à ce sujet, se il vous plaît nous en informer. Ou peut aussi être sur les Robinet infrarouge.

    ReplyDelete