Friday, February 10, 2012

PENJAGAAN KULIT MUKA KETIKA MUSIM PANAS

*ASSALAMUALAIKUM*

Ni rupe diriku ketika berdating dengan suami..just simple makeup di kala musim panas :) sila abaikan lubang hidongku..hehe

Entry ni hanya untuk peringatan diri sendiri. Sesiapa yang nak amalkan dialu-alukan (:

Berikut adalah perkara-perkara perlu dilakukan ketika mahu keluar rumah ketika musim panas. Perkara berikut sesuai untuk mereka yang kulit jenis berminyak.. 

1. PEMAKAIAN SUNBLOCK
Sunblock adalah perkara penting dan wajib dipakai ketika mahu keluar rumah ye. Keluar rumah di sini bermaksud nak pergi keje ke, dating ke, nak g shopping ke, nak g kenduri kendara ke dan sewaktu dengannya lah.. Wajib pakai sun blok ye.. Kenapa ye kita kena pakai sunblock??? pertamanya sudah tentu lah untuk melindungi muka kita ni dari sinaran matahari. Kulit akan kelihatan kusam bila tak pakai sunblock ye, tak percaya cuba anda buat experiment kt muka anda sendiri.. bila nak keluar rumah tu cuba jangan pakai sunblock..ape jadi dalam sebulan muka anda tu, tak pun tengok seminggu dah la..anda berani buat ni?? ooo aku tidak akan berani.. hahaha.. Sunblock bukan saja penting untuk mengelakkan muka menjadi gelap, banyak lagi fungsi lain sunblock seperti mengelakkan penuaan kulit, mengelakkan kedutan pra-matang pada mata dan kulit dan juga dapat mengelakkan kanser kulit. Besar jugak peranan sunblock ni. Kalau tak nak pakai sunblock pun atau yang memang jenis malas nak tepek sunblock kt muka, anda boleh jugak pakai foundation atau compact powder yang ada SPF25 kt dalamnya. Lindungi la kulit anda dari pancaran matahari ok (:

Ni sunblock yang slalu aku pakai time keluar (:
Biore UV Perfect Face Milk SPF 50 + PA +++
Sangat smooth dan yang penting tidak berminyak. Dwi-function , as sunblock and make up base.
Harga berpatutan : RM 20++
Boleh didapati kt Gurdian or Watson (:

2. TISU/KERTAS PENYERAP MINYAK
Kenapa penting tisu basah dan kertas serap minyak ni??? Bila panas, peluh pun banyak nak keluar, begitu juge minyak kt muke tu..tension je kan tengok muka berminyak. huhu.. bila muka mengeluar peluh dan minyak yang banyak pada musim panas, anda boleh ambil tisu lap kan peluh tu dulu..aku lebih gemarkan gunakan tisu basah sebab boleh menyegarkan muka, lap kan peluh dengan cara dap dap je, jangan la bersungguh-sungguh benor lap, habis makeup kt muka tu, lepas tu amik kertas serap minyak dap dap la kat muka.. InsyaAllah muka dah bebas dari minyak. Cara ni sangat berguna bagi mereka yang ada masalah kulit berminyak seperti diri ini..huhu..minyak ni salah satu punca terjadinya jerawat ye..jadi di la salah satu cara untuk mengelakkan jerawat, dengan membuang minyak-minyak berlebihan kat muka ni..hehehe

3. FACE MIST
Dikala cuaca panas, face mist ni sangat berguna. Ia dapat menyegarkan kulit muka. Gambar kat bawah face mist yang aku guna sekarang.

My Beauty Diary
Rose & White Peony Brightening Mist
function: deep hydrating & clear brightening
combining pure rose water, white peony extract and aloe vera extract, it keeps the skin moisturised, fragrant, brightened cleaned and refreshed!

  
4. MINUM SEBANYAK AIR YANG BOLEH
perkara yang paling penting ialah minum air banyak-banyak supaya kulit tidak kering. Minum air masak atau air mineral ye.. jangan g minum air manis plak. kencing manis la jawabnye.. minum la sampai anda dah tak larat g toilet sebab asyik nak terkencing..hehehe

sekian tips untuk kali ini..


2 comments:

  1. mana kakak bli face mist tu ???

    ReplyDelete
  2. see Appearance: Kitchen faucet surface chrome plating is very particular, usually through several processes to complete. Distinguish between good or bad depends on its shinyAntique brass faucet extent, the smoother the surface, the brighter the better representative of the Bathroom mirror .

    ReplyDelete