Monday, November 22, 2010

KAMU&aku

KAMU..masihkah menyanyangi aku seperti dahulu..seperti pertama kali kamu menyatakan sayangmu padaku..

&aku...masih menyanyangi kamu seperti mana pertama kali hati ini memilih untuk menyanyangi kamu dan sayangku semakin mendalam......

KAMU...adakah sudah semakin membenci aku..kerana diri ini begitu banyak kekurangan di matamu...kerana diri ini bukan la sempurna di matamu..

&aku..tidak mungkin akan membenci mu...kerana dirimu begitu sempurna di mataku..

KAMU...menyesalkah memilih aku sebagai seorang yang istimewa di hatimu..

&aku..tidak pernah menyesal memilihmu..memilihmu sebagai seorang yang begitu istimewa di hatiku...

KAMU...sudikah melayari hidupmu bersama aku sehingga ke akhir hayatku dan sanggupkah kamu bersusah senang melayari kehidupan ini bersamaku...

&aku...sangat mengharap dapat melayari hidup ini bersamamu sehingga ke akhir hayatku dan hidup susah senang denganmu...

KAMU...jujurkah kamu menyintai aku...

&aku..seikhlas hati menyintaimu...

KAMU...sakitnya ku rasa bila kamu sudah tidak mempedulikan diri ini..sakitnya bila kamu tidak mempercayai diri ini..sakitnya bila kamu semakin jauh...sakitnya bila kamu menyatakan tidak perlu la bersedih bila kamu pergi..sakitnya hanya aku yang tahu..

&aku..redha jika itu yang kamu mahu..


KAMU&aku..di manakah akan berakhirnya kisah KITA....


aku YANG TAK BRAPE SIBUK...(22/11/2010)

Aku rasa semua pekerja kat sini sibuk dengan kerja masing-masing atau sedang buat-buat sibuk dengan kerja masing-masing..ehehehe..takde la memang semua orang sibuk kecuali aku je rilex takde kerja..ntah bingung aku dibuatnya..hehe..rilex sangat ni..hmm..aku dah masuk kerja hampir 2 minggu la..ade la kerja yang dibagi tapi tak banyak..2 yang aku aktif sangat berblogging nih..haissk...di dalam fikiran ku sekarang ~ ADAKAH NORMAL PEKERJA YANG BARU MASUK TIDAK SIBUK ATAU TIDAK DIBERI KERJA?? ~ tetapi untuk berapa lama???? takot gak aku..takot bos cakap aku malas wak kerja, tak tahu wak kerja..hmm cane erk.. kena jumpa bos dan bertanya ni ~bos saya rasa saya takde kerja..apa yang harus saya buat sekarang?? patut kah aku bertanya bergini??


Please Help ME~ huhu =(

Wednesday, November 17, 2010

AQUARIA KLCC + MEGAMIND (17.11.2010)

Salam all~

Di saat tak ada kerja kat opis dan di saat bos bercuti sempena hari raya haji dan juga untuk menghilangkan keboringan maka mula la tanganku menari-nari menaip cerita ini..hehe..selamat membaca la kepada sesiapa yang sudi dan kepada sesiapa yang tidak sudi membaca tidak mengapa..hehe..

Semalam sempana hari raya haji @ hari raya korban @ hari raya aidiladha, orang ramai sibuk menyembelih haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan kerbau untuk dijadikan korban lalu diagih-agihkan daging korban tersebut kepada fakir miskin dan juga orang ramai. Tapi saya mengambil keputusan untuk membawa ibu berjalan-jalan ke KLCC sambil ditemani oleh buah hati tercinta dan dua orang budak degil..hehe..

Bangun pagi seperti biasa sembahyang subuh..selepas mandi manda, saya dan ibu ke masjid untuk mengerjakan solat sunat aidiladha..terasa sayu mendengar takbir raya..huhu.. selesai solat terus pulang..ibu berkata kita masak mee goreng je la..cadangnya nak buat nasi minyak..aku ok aje..tetapi apabila sampai rumah terus kami diajak oleh jiran rumah sebelah a.k.a rumah bakal mertua ~ecece perasan pulak hehehe~ untuk makan makan di rumah mereka..memang banyak makanan dan kami kenyang sangat-sangat..hehe..terima kasih banyak-banyak kepada bakal mertua..hehe..perasan lagi =p

sesi makan-makan.hehe


sesi fotografi

Bermulanya perjalanan ke KLCC pada jam 1.45 p.m. Kami menaiki kereta menuju ke LRT Gombak dan menaiki LRT terus ke KLCC. Cadangnya nak bersiar-siar dan menonton wayang je..wayang start jam 4.20..ingat nak bersiar-siar sebelum wayang bermula..pastu si buah hati berkata jom la masuk akuaria..hmmm..lalu aku tersenyum..memang nak masuk pun tapi ongkosnye sayang.. hehe..so dia cakap dia ada bujet lagi..jadinya kami pun masuk laa..hehe..excited sungguh saya al maklum la baru first time dapat masuk aquaria ni..hehe.. seronok sangat masuk dalam dapat melihat haiwan pelik-pelik dan ada juga yang menggelikan..tapi saya sangat teruja apabila dapat melihat ikan yang besow giler..serius besow..mungkin ilusi cermin yang membuatkan ikan itu menjadi sangat besar..hehe..

Selasai menikmati pelbagai jenis haiwan dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya...lalu kami bergegas ke wayang.. it's time for movie...yeeeaay..budak-budak ni nak sangat tengok cite megamind..best gak dapat tengok 3D..hehe..mak first time tengok wayang..hehe..pastu tengok cite kartun plak tu..layan je la mak cakap..hehehe..tapi cita MEGAMIND ni memang best..I bagi 5 start...kelakar citenya..mengisahkan makluk asing iaitu MEGAMIND yang mengalami krisis identiti..last-last di memilih untuk menjadi jahat kerana dia merasakan semua perkara yang dia buat tidak disukai dan akan menyusahkan rakan-rakannya...tetapi MEGAMIND seorang yang genius..macam-macam idea dia untuk memusnahkan Metro Man iaitu Superhero yang dipuja oleh semua penduduk Metrocity..MEGAMIND sebenarnya ingin menguasai Mertocity.. eh..banyak plak bercerita..jika saudara saudari ingin mengetahui dengan lebih lanjut cerita ni, sila la pergi menonton di wayang...hehehe...

Gambar-gambar tidak dapat diupload buat masa sekarang kerana tiada dalam simpanan..tapi akan diupload kemudian..hehe..ok sila sambung kerja cik alin.. tapi kerja apa aku nak buat ni..memang tak ada kerja pun..hehe..jom la belajar Orion..jom belajar....hehe

current mode: rindu kat bauh hati yang berada nun jauh di seberang sane =(
p/s: sayam nanti bagi gambar-gambar kat i..

Monday, November 15, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA~16.11.2010

Salam~

Kejap je rasa masa berlalu..rasa baru je raya aidilfitri, masih terasa lagi kemeriahan hari raya aidilfitri hari tu..sekarang dah raya haji.. raye haji tahun ni tak dapat balik kampung sebab cuti sehari je..huhu..nak apply cuti rasa macam tak best sebab baru je masuk keje...baru seminggu lebih masuk keje dah nak apply cuti..xpatut la kan..xpe la berkorban di hari raya korban..hehe.. tapi tak la terasa sedih mane sebab mak ade datang beraya kat sini..hehe..Cian plak kat adik dengan kakak yang kena beraya kat kampung tanpa mak..xpe tok ade rumah..

hmm..hari ni bos bagi hafday...hehe..suka hati I..lepas keje nak g beli barang-barang sket..then petang sket nak ajak mak pegi beli barang-barang nak masak-masak esok..mak cakap nak masak nasik minyak..nyumm nyumm..

Selamat Hari Raya Aidiladha to all muslim..selamat makan daging korban..waaa..biasanya setiap kali raya haji kami pasti akan membuat daging bakar...huhu..tahun ni tak dapat la merasa daging bakar..huhu..

love: aLin~