Thursday, January 12, 2012

MASAK MASAK: NASI GORENG KOSONG + SUP AYAM

*ASSALAMUALAIKUM*

Semestinya masak untuk suami dan untuk bawak bekal ke kerja. Macam sekolah plak bawak bekal-bekal ni. Boleh jimat sket. Masakan yang simple untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan masakan macam aku ni..hehe..Ingat kan nak makan dengan nasi putih, tapi macam kosong plak makan sup dengan nasi putih biasa je..hehe

So ini la sarapan pagi kami..berat betul sarapan pagi..

SIMPLE & SEDAP

SUP AYAM 

NASI GORENG KOSONG


BAHAN-BAHAN UNTUK SUP:
  • 400gram ayam dipotong kecil-kecil 
  • 1 sup bunjut
  • Kentang 
  • Carrot
  • Bawang merah 4 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • Halia dalam 1 inci ditumbuk
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 5 gelas air
  • Daun sup
CARA-CARA MEMBUAT SUP:
  • Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Masukkan dalam 2 sudu minyak ke dalam periuk yang panas, panaskan minyak.
  • Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tumis sehingga naik bau
  • Masukkan air dan sub bunjut adabi
  • Masukkan ayam, kentang dan carrot
  • Tunggu sehingga mendidih dan setelah yakim masak boleh la hidangkan
  • Taburkan daun sup yang dipotong-potong ke atas sup nak bagi wangi..hehe
BAHAN-BAHAN UNTUK NASI GORENG KOSONG:
  • Nasi putih
  • Bawang merah dan bawang putih yang dikisar
  • Cili boh
  • Garam
  • Serbuk nasi goreng ikan bilis
  • Minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUAT NASI GORENG KOSONG:
  • Masukkan minyak dalam kuali panas dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar
  • Tumis sehingga garing sket, kemudian masukkan garam
  • Masukkan nasi putih dan gaul sehingga sebati
  • Setalah sebati nasi dengan tumisan tadi boleh la taburkan serbuk nasi goreng ikan bilis dan gaul lagi sehingga sebati
Done! untuk nasi goreng tu anda sebenarnya boleh masukkan kan sayur, fish ball ke.telur ke.. disebabkan suamiku tak makan sayur-sayuran dan telur dgn fish ball dan sewaktu dengannya xde stok jadi masak la nasi goreng kosong je.. hehe..

Selamat mencuba la ye adik-adik.. akak-akak dan makcik-makcik x mencuba pun xpa sebab korang pejam mata pun boleh masak ni semua..hehe



Thursday, January 5, 2012

6 SEBAB GAGAL TURUNKAN BERAT BADAN

*Assalamualaikum*

All ladies must read this!!! haha

Diet punya diet duk cam tu jugak..rupanya dietnya tak betul..jom baca!

6 sebab anda gagal turunkan berat badan anda:

1) MENGELAK WAKTU MAKAN
Ramai beranggapan (ramai ke? ke aku je cam ni) mengelak waktu makan dapat menurunkan berat badan. This is totally wrong ladies! makan la pada waktunya dan pilihlah menu makanan yang sihat dan seimbang ye. Sarapan pagi jangan tinggal nantikan takde tenaga nak wak keje, nak buat keje mesti lah bertenaga..hehe.. Malam pun kena makan, tapi makan sebelum pukul 8 malam ye. 

2) TIDAK BERSENAM 
Waaa..ni benda paling aku susah buat..bersenam..adoi ya! bila anda bersenam, kadar merabolisme anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh kita. InsyaAllah berat badan kita boleh menurun. Hmmm.. Bila aku mahu bersenam ni!

3) ENGGAN MENYENTUH KALORI
Jangan tak sentuh kalori langsung ye sebab badan kita memerlukan kalori tetapi jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian. Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;

lelaki ~ 2500 kalori setiap hari
wanita ~ 2000 kalori setiap hari 

Kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh ialah kadar metabolisme anda akan menurun secara mendadak. Malah boleh menyebabkan anemia.

4) HANYA MAKAN BUAH DAN SAYUR
Tubuh kita juga memerlukan nutrisi dan mineral lain. Jika kita cuma ambil sayuran dan buah-buahan sahaja, tubuh kita tidak cukup nutrisi dan mineral tersebut. 

5) SUKA SALAD MAYONIS 
Salad yang dicampur mayonis dan pelbagai perisa lain yang tinggi kalori akan membuatkan berat badan anda tidak menurun ye. Jadi buat la salad untuk diet.

6) TAK MINUM SUSU LANGSUNG
Minum la susu rendah lemah ye bukan susu penuh krim. Pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga boleh menurunkan berat badan kita.


Sebenarnya dalam seminggu penurunan berat badan yang ideal ialah dalam lingkungan 0.5kg~1kg. jika lebih dari julat ini, ia akan menimbulkan komplikasi, di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah. Oleh itu perpada-pada juga jika mahu berdiet ye. Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Selamat mengamalkan diet yang seimbang. .

Info oleh : http://petuasejagat.blogspot.com