*ASSALAMUALAIKUM SEMUA*
Apalah nasib diri ini, kurang diajarkah atau kurang pandai atau tak boleh berfikir..Allamdulillah..Allah masih mengurniakan aku akal untuk aku berfikir...kadang-kadang pemikiran kita tak sama..tu yang susah bila pemikiran tak sama...hura-hara jadinya...tapi susah la kalau orang sekeliling kita berfikiran kita tak boleh berfikir..sebab kita semua dikurniakan Allah akal untuk berfikir..lain orang lain cara pemikirannya..lain orang lain tahap pemikirannya..
Lumrah dunia, bukan semua benda yang kita buat akan disenangi semua orang, akan ada yang tak berpuas hati, akan ada yang tidak menyenangkan orang, akan ada yang memandang serong, malah akan ada yang menghina dan mengherdik..oleh sebab itulah ada orang disekeliling kita beranggapan kita tidak boleh berfikir disebabkan apa yang kita lakukan itu tidak disenangi mereka..ye la apa yang kita lakukan tidak seperti yang mereka fikirkan..
Apa yang aku tulis ni bukan untuk membanggakan diri, bukan nak bagitahu aku ni bagus, bukan nak tunjuk pandai sebab diri ini bukannya pandai pun..dan buka juga nak burukkan orang..bukan jenis aku nak burukkan orang apa lagi nak cari gaduh dengan orang..dah kalo orang nak burukkan kita, itu hak diorang laa..
Dah nak masuk 5 bulan rasanya aku masuk umah sewa yang aku sewa sekarang, bukan senang rupanya nak duk umah sewa ni kalo tak kena dengan caranya..dulu pun masa belajar bukan duk menyewa, duk asrama...masing-masing ada cara hidup masing-masing.. mungkin cara hidup aku tidak disenangi orang, ye la sampai macam-macam aku diajar.. any way, thanks pada yang sudi mengajar..banyak yang aku belajar..dan bohong aku tidak berkecil hati..tapi bila pikir balik, kenapa perlu berkacil hati sedangkan ada orang nak betulkan apa yang salah..bukan diri ini nak mengasingkan diri cuma diri ini segan dan takut setiap apa yang dilakukan akan ada yang tidak berpuas hati..
Takdir aku rezeki Allah berikan aku bukan di kampung halaman aku, aku tetap bersyukur kerana diberikan aku rezeki..siapa tak mahu kerja kt negeri kelahiran masing-masing, dekat dengan keluarga tercinta, tak payah nak pikir nak sewa umah sana sini kan...
Dah berhenti menulis..nanti orang ingat ko gile menangis depan PC..bye nak sambung buat keje..
wassalam
p/s: ingin meminta maaf andai apa yang telah dilakukan diri ini menyakitkan hati orang dan tidak disenangi orang..diri ini bukannya baik pun tapi bukan suka berpura-pura buat baik..sekian..